Tentang Kami
Menyampaikan nilai dan setiap kisah. Merangkai setiap titik dengan makna.
oasis minda media group sdn bhd
PENERAJU PRODUKSI ISLAMIK
Oasis Minda Media Group Sdn Bhd (OMMG) (1546250-W) ialah sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan pada 4 Januari 2024. Telah berdaftar dengan FINAS dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Sebuah syarikat bumiputera yang Islamik. Menawarkan perkhidmatan produksi dan konsultasi kandungan dan pengurusan media digital.
Memfokuskan karya yang menginspirasi pembangunan jiwa dengan nilai mulia. Kami ingin membina sebuah negara melalui karya yang kreatif dan inovatif yang diterima oleh masyarakat.
Walaupun kami baru ditubuhkan namun ahli pasukan kami daripada pelbagai latar belakang pengalaman telah menghasilkan lebih daripada 1000 kandungan media pelbagai genre dan kategori meliputi bual bicara, podcast, dokumentari, forum, filem, animasi, tazkirah dengan capaian lebih 10 juta tontonan.
Kami percaya melalui pengalaman, dedikasi, dan sokongan anda semua yang mempercayai kami, OMMG bersedia untuk menjadi agensi media pilihan utama dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan Islamik dan menjadi peneraju produksi membentuk masyarakat berasaskan nilai mulia di Malaysia bersama anda.
visi kami
Menjadi peneraju syarikat penerbitan Islamik yang menginspirasikan Pembangunan jiwa dan memupuk perpaduan, ke arah pembinaan negara melalui kandungan yang inovatif dan menarik.
misi kami
Mendidik, menginspirasi dan menghubungkan komuniti di seluruh dunia dengan kandungan Islam yang berkualiti tinggi dan asli, serta memanfaatkan platform digital untuk memupuk perpaduan dan kasih sayang.
nilai bersama kami
Integriti (Integrity)
Kami memberikan perkhidmatan dengan amanah dan jujur dan memastikan produk dapat disiapkan mengikut kehendak pelanggan
Kualiti (Quality)
Kami memberikan konsultasi yang berkualiti dan akan sentiasa menjaga kualiti terhadap produk yang dihasilkan agar mutu yang diserahkan memuaskan hati pelanggan lebih daripada apa yang diharapkan
Tanggungjawab (Responsibility)
Kami akan berusaha sebaiknya memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan. Kejayaan pelanggan dalam mencapai objektif projek yang diberikan kepada kami akan menjadi kejayaan kami bersama
Akauntabiliti (Accountability)
Pelanggan adalah keutamaan kami. Oleh itu setiap kehendak pelanggan yang telah dipersetujui bersama secara rasmi, kami akan memenuhi janji yang telah kami berikan secara amanah dan pengurusan yang telus.
Klien kami
Our network of
cool clients



